dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

NADI eSukan LMS - Kesihatan Mental & Kesejahteraan atlet eSukan

7 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 06 September 2025, telah berlangsung NADI eSukan LMS - Kesihatan Mental & Kesejahteraan atlet eSukan. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 10:00 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.

Sepanjang kelas ini berlangsung, peserta menonton video Kesihatan Mental & Kesejahteraan atlet eSukan. Peserta menonton tanda tekanan yang boleh terjadi seperti fizikal, mental, emosi dan tingkah laku. Selain itu, eserta menonton punca tekanan dalam eSukan iaitu latihan intensif dan waktu rehat tidak teratur, tekanan prestasi untuk menang atau kekalkan ranking, konflik dalam pasukan dan komunikasi yang lemah, kritikan daripada peminat / media sosial dan kurang keseimbangan antara kehidupan peribadi dan eSukan. Akhir sekali, Peserta menonton kesan tekanan terhadap prestasi contohnya penurunan fokus dan reaksi lambat, hilang motivasi dan semangat latihan, kesilapan kecil yang berulang semasa permainan, gangguan tidur dan keletihan kronik dan risiko burn out jangka panjang.

Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran komunikasi antara peserta, melatih semangat kerjasama antara pasukan dan membina hubungan baik diantara pihak pengurusan NADI dan komuniti. Selain itu, dapat menggalakan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.